Thursday 18 April 2024

Tema maroon @2 syawal

MZ tepek gmbr sambil selit2 citer

masa 2nd syawal, weolls pakai baju tema kaler maroon (baju casual)...tak sempat posing2 proper pun, ni snap gmbr masa beraya kat rumah mr hubby's SIL.

ni gmbr pagi2 syawal sblm weolls kuar beraya beramai2...mana yg ada ni jer...tak cukup korum sbb not in this pic family my late brother


ni MZ tumpang posing2 kat rumah my cousin ie kak rita...rumahnya besar dan cantik!

MZ snap pic masa weolls beraya ramai2 kat rumah kak rita (Ni ruang tamu)

gmbr berdua

ni masa beraya kat rumah mr hubby's SIL

yg pakai tudung nude/light brown tu lah kakak ipar mr hubby (wife kpd arwah abg sulung mr hubby)

ni mertabak telur ir juadah air tgn kakak mr hubby (kira family's signature menu)

ni plak teh dari Calcutta, India (sbb anak SIL of mr hubby tu kawin dgn org calcutta, nama Atiff)

zharfan posing dgn Atiff...zharfan sempat sembang2 dgn Atiff sbb Atiff ni keje bidang IT(kat dubai)

total 4 rumah yg MZ beraya masa 2nd syawal tu...
then masa pagi2 3rd syawal (jumaat), weolls dh bertolak balik ke Gombak (sbb mr hubby nak avoid traffic jem yg teruk if balik ari sabtu or ahad)

Wednesday 17 April 2024

MZ dapat duit raya

menjelang umur MZ 48 tahun (soon laaa ie 28th april), of course rasa sgt2 happy bila dpt duit raya!!!!

alhamdulillah, raya thn ni, my adik lelaki + his wife (ie my SIL) bagi duit raya (diaorg bagi utk semua adik beradik!!!)..
selain duit raya, adik beradik perempuan dpt hadiah telekung siti khadijah jugak (telekung tu harga almost RM300)..MZ request warna soft pink...
duit raya tu bolehlah MZ simpan as part of tabung travel (MZ plan nak travel ujung thn ni kalau tiada aral insya ALlah)

barakallah fiihuma jamian

moga2 my adik and his wife terus dimurahkan rezeki dan berjaya dlm business (my SIL ni business owner ie legal firm dan property agent)

dikurniakan adik beradik dan ipar duai yg tidak berkira dan selalu berkongsi rezeki is indeed a blessing :)
alhamdulillah

salam 8 syawal..
moga2 kita semua terus dimurahkan rezeki

Tuesday 16 April 2024

OOTD 1 syawal

alhamdulillah...1 syawal disambut dengan penuh kesyukuran dan kenangan manis bersama yg tersayang...
selain sesi mkn2, bg/terima duit raya, sesi bermaaf-maafan, aktiviti wajib ialah sesi posing2...

so MZ nak tepek gmbr2 OOTD 1 syawal for future memories

ni gmbr outdoor ie kat luar rumah

gmbr dlm rumah...ni memang lps setel solat raya

with our queen of our heart..my mom is 82 yrs old this year

posing berdua

mommy and 3 boys

posing solo



MZ, kakak MZ (kak su) dan adik MZ (Dr hanim)



nilah bj raya MZ tahun ni...from minaz...nama laila kebaya

MZ dpt pun shawl tu tapi tak reti nak posing2 dgn shawl (memang design matching dgn kain)

masa 1 syawal tu, sakan MZ beraya ie dari rumah kakak mr hubby, pergi beraya kat few houses (jln kaki ajer) ie umah mak sedara, mak sepupu mr hubby etc...then pergi beraya kat rumah kawan MZ plak (my UIA coursemate), then lps tu pergi beraya kat rumah adik mr hubby plak...pukul 7 pm baru balik semula ke rumah my mom (kebetulan ada masalah letrik dan air) so memang ngam lah balik time letrik dan bekalan air dah ada semula.

tulah kisah beraya 1 syawal utk MZ...nanti later2 nak buat entry kisah 2 syawal plak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails